My Ears' Candy

Get The Latest Update From Me..!!

Tuesday, April 7, 2015

#Misi12HariMencariCinta - Day 11 (28 September 2014)

Assalamualaikum...

Iollss punya misi dah masuk hari ke-11, means lagi sehari kena lah pulang ke pangkal jalan kan...huhuhu. Bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Tapi kalau dah hujan emas di negeri orang, hang duduk lah lama-lama kat negeri orang kumpul emas tu. Dah kaya raya, baru lah balik ke negeri sendiri. Kan... dah rezeki depan mata buat apa nak tolak??? Hahahaha.... Ok, let's go down memory lane jalan-jalan Korea hari ke-11.


Woke up in the morning, already found ourselves in Busan... Kalau dengar orang Busan cakap, loghat dia lain sikit dari orang Seoul. Yerlah, macam orang KL and orang Kedah cakap.. lain-lain loghat kan. Begitulah diaorang pun. So, our plan for today adalah caca marba and santai..Hehe. Tapi kalau datang Busan, dua tempat yang wajib jejak kaki ialah Haeundae Beach and Jagalchi Market. Pendek kata kalau datang Busan tak jejak kaki ke 2 tempat ni rugilah woiii.. Tak Busan lah namanya. Actually untuk Busan punya jalan-jalan itinerary non hado..Haha. Tak sempat dah nak buat. Penat gila dok belek yang 10 hari previous so Busan punya lantak ler..Hehe. Kira main redah jerlah hari ni. So, before keluar bilik, belek-belek la mana nak pergi. Tengok banyak juga tempat menarik kat Busan ni. Ada juga Masjid Besar Busan rupanya, nama dia Masjid Besar Al-Fatah. Ada kampung yang rumahnya bumbung warna warni, ala yang Running Man pergi tu. And of course lah pantai dia yang glamor itu, Haeundae Beach and pasar Jagalchi yang glamor itu juga. Dah puas belek and check bajet semua, hanya mampu pergi dua tempat jer..Huhu. Maklumlah ni kira last day kat Korea, so duit pun tinggal cukup-cukup makan jer.. Hehehe. Maka tak leh lah nak ke sana sini kan. Pergi mana yang mampu jer. Macam biasa singga 7-E beli banana milk untuk breakfast then pergi beli roti kat kedai Paris Baguette dalam Busan Station. Tapi pergi breakfast dalam Paris Baguette kat Jagalchi Market..Hehe, sabar jerlah. Beli kat lain makan kat lain.

1st place yang kami pergi ialah Jagalchi Market. Nak ke market ni kena naik subway Line 1. Sebab kitaorang stay dekat Busan Station so makin senanglah kerja sebab kat sini memang Line 1 pun. Kat Busan ni ada 5 lines jer subway dia, so kuranglah berserabut dari Seoul tu kan. Dari Busan Station ke Jagalchi Market, kena lalu 2  station jer. Station ke-3 dah sampai Jagalchi, so keluar ikut exit 10. Then pusing kanan ke jalan namanya Jagalchi 3-gil Street. Pastu jalan lagi dalam 5 minit then pusing kiri dah sampai pasar. Kalau tak sure nak ke mana ikut jer signboard yang ada. Don't worry dekat jer. Jalan dalam 5-10 minit camtu dah jumpa pasar tu. Insya Allah tak kan sesat punya. Hehe. Kalau sesat pun ok lah kan, baru lah adventurous. Kalau rasa nak sesat juga korang tanyalah orang kat situ. Senang cita. Elok masuk jer kawasan pasar tu, ahjumma pemilik kedai makan pakat serbu panggil makan kat restoran diaorang. Wah!!! Dah macam retis iolls rasa. Haha.. sabar ahjumma sabar... pagi lagi ni nak melantak seafood pun, kot keracunan arsenik kat situ kang, tak ke naya, haha. Ada kena mengena ke??? T_T So kami cakap ler nak jalan-jalan dulu. Ahjumma bagi name card kedai dia suruh kami datang balik, siap tunjuk lagi menu apa yang ada and cakap semua sedap. Dia cakap dah ramai orang Malaysia datang sini. Okay ahjumma biar kami berjimba-jimba dulu ok... Bila masuk jer kawasan wet market tu, wah!!!! Terus terserlah peghak sesorang. Haha... Sangat besar, sangat bersih dan sangat banyak sea creatures yang masih hidup yang tak pernah nampak kat Malaysia ni kotttt. Cewah!! Macam selalu ke pasar je kan.. Haha. Tapi memang best la tengok seafood dia yang sangat banyak dan segar-bugar itu. Ni kalau dok Busan dua tiga hari, memang boleh borong balik masak makan puas-puas. Hari-hari buat bbq... Hehe. 


Oh nom nom... bakar pun sodap !!!!


1st time tengok ketam kena letak dalam serbuk kayu. Kenapa yer??? Ada orang tahu tak jawapannya????  Tolonglah bagitahu... please!!! Hehe


Dah puas belek-belek segala jenis makhluk yang ada dalam pasar tu, then kami ke seberang Jalan. Kat seberang Jalan ni ada Gukje Market and Busan International Film Festival (BIFF) square. Masuk je kawasan ni lagi meroyan jadinya.. Haha. Mana tak nya, tengok gerai-gerai makanan yang pelbagai and kedai-kedai jual baju, beg, souvenirs yang sangat mengganggu gugat ketenteraman jiwa.. Aduhhhh, sakitnya tuh di sini!!! Apa yang paling best kat sini of course lah makanan kan.. Hehe. Hasil carian kat youtube and khidmat nasihat pakcik G, kami dah identified makanan apa yang halal untuk dimakan. Dan Korean street food memang kecur liur tengok wey. Macam mana korang tengok diaorang makan dengan sedapnya kat dalam drama tu, macam tu jugalah yang kitaorang rasa. So, apa tunggu lagi. Mission sampingan, jalan-jalan cari makan harus dijalankan. Hahaha. Mangsa pertama, cari takoyaki. Chik Ah ngidam nau nak makan takoyaki ni. Ternyata Gukje Market tak menghampakan kami. Aku dari Seoul sampai Busan cari gimbap and mandu. Bukan tak jumpa kat Seoul, jumpa tapi was-was kandungannya sebab ahjumma tak pandai cakap ongputeh. Kat sini Insya Allah tak diragui. Lagi pula ahjumma yang jual tu boleh cakap ongputeh sikit-sikit so senanglah lagi nak kompemkan kandungan tu kan. Jadi, mission jalan-jalan cari street food berjaya...yeaaa!!! Nah, kasi gambar menarik untuk korang terliur. Hahahaha...... ^_^

Halal Korean Street Food at Gukje Market, Busan
Sedap dan murah takoyaki dia, 6 biji lebih kurang RM6.50.. 10 biji seploh hengget.. kat Malaysia 3 biji RM4.90. Huhu

Puas hati makan... mayonnaise banyak, fish flakes pun banyak


Halal Street Korean Food at Gukje Market, Busan
Ramai gila orang beratur beli hotteok ni. Tengok banner dia tu siap promote cakap Seunggi dah datang untuk rancangan 2 days 1 night. Kompem sedap ni....


Tapi before memborong makanan-makanan ini semua, mestilah jalan-jalan tengok kedai yang ada dalam pasar ni dulu kan. Memang gila lah tengok kedai-kedai baju kat sini. Sangat banyak, variety and mooooooorah lagi dari Seoul. Sayangnya duit shopping dah habes masa kat Seoul. Uhukuhuk.. so telan air liur jerlah... Uwaaa... Ada satu sweater mickey mouse ni kan, sama sejibik ngan yang aku tengok kat Myeondong. Dari Myeondong dok berkenan tapi dia jual 15,000 won, minta 10,000 tak dapat so memang tak beli lah sebab tahu boleh dapat murah lagi kan. Kat sini guess berapa harga? Pandai!!! 10,000 won wey.....!!!!! Seriusly nak nanges..uwaaaa. Sebab memang tak der bajet langsung dah nak shopping baju bagai. Teringat kami gelakkan budak cina 2 orang yang jumpa kat Seoul Tower tu sebab dah habes duit, now jadi kat diri sendiri. Hahaha... karma kan??? Tak perlah, pujuk hati, nanti dapat yang lebih baik. Hehe.. So, next time kalau ada rezeki pergi lagi ke Korea, for sure akan shopping kaw-kaw kat Busan. Puas hati gila kot. Dah la siap ada longgok longgok baju rege 1,000 won jer. Memang gilak ar. Okay okay, nah tunjuk gambar sikit betapa gilanya tengok barang..Hehe.

Busan
Entrance Gukje Market melalui gerbang BIFF Square

Tapak tangan retis yang pernah datang BIFF



Tengok payung pun lawa wey..haha
Apron comey macam dalam cita full house
Ha!!! siap letak bangku untuk pilih baju. Pilih cik Jah jangan tak pilih!!!
Nak juga beli sudu kayu...hehe



Dah selesai cuci mata, so kami gerak ler ke next destination. Mana lagi... pantai ler. Rugi ler datang Busan tapi tak pergi pantai dia kan. Dari Gukje Market ni boleh naik bus jer ke pantai tu. Naik bus no 1003. Tapi boleh jer tanya driver bus. Cakap jer haeundae kompem drebar tu paham. Sepanjang perjalanan ke sana sangatlah best. Dok layan pemandangan yang cantik and suhu aircond yang sejuk dalam bus, then lama-lama mata pun pejam rapat. Kehkehkeh... sedar-sedar dah sampai kawasan pantai. Hambek kau, penat sungguh berjalan. Dekat sejam juga lah nak sampai pantai nun.

Sempat lagi selfie tu!!
Turun jer bus, wah!!!!! hati rasa riang ria sebab dah sampai sini. Macam tak percaya kan. Selalu tengok dalam tv jer. Walaupun matahari tegak atas kepala tapi tak rasa langsung bahang panas dia, sebabnya angin yang bertiup tu agak kuat. So memang best lah jalan-jalan main pasir. Tourist memang ramai tak payah cakap la. Budak-budak pun penuh pakat mandi manda and main pasir. Kebetulan masa kami sampai sini lebih kurang lagi seminggu ada Busan International Film Festival. So, boleh nampaklah kat tengah-tengah pantai tu diaorang tengah siapkan dewan untuk majlis tu. Buat dari papan plywood and kotak-kotak jer replika dia tapi bila dah siap purghhh, nampak macam real construction. Sangat bestlah jalan-jalan kat pantai ni. Arab pun ramai juga, jumpa semua bagi salam :-)

Dah puas jalan-jalan pantai, cari port best pula untuk lepak makan segala mak nenek makanan yang beli kat pasar tadi. Then jumpa tempat best bawah pokok sambil tengok dua orang budak pompuan nyanyi. Terasa korean sangat uollss... ahakssss. 


Muka sunburn... puas hati...hahahaha














Dah penat jalan-jalan pantai, tengok jam pun dah around pukul 7 malam. Perut pun mestilah ber mamacita ayaya kan..hehe. Kalau dah sampai Busan, tak makan seafood memang tak sah la kan. So, kami patah balik ke Jagalchi Market. Kali ni naik subway pula. Jauh juga lah nak ke stesen subway dari pantai ni. Awal tu cari jalan tak jumpa juga, then tanya je lah kat orang kan.. apa susah. Haha. Sampai kat pasar tu, terus jerlah ke kedai ahjumma yang bagi name card pagi tadi. Suka nau ahjumma tengok kami datang semula. Beria dia ajak masuk...Haha. Yerlah, sebab makan berbayar kan. Cuba aku minta free, kompem dah lama dia curah ngan air akuarium ikan tu...Hahaha. Hajat di hati, masing-masing nak makan besar. Konon masa kat Seoul lagi pakat kata, sampai Busan kita all out makan. Habiskan semua duit yang ada untuk makan seafood. Hati-hati apa yang korang wish.. Ha!!! Memang all out sungguh la. Bajet makant tinggal sorang 10,000 won jer.. Huhu. Sadis kan. 

Satu-satunya gambar yang ada sebab tak tahan kebuluran...haha. 
Kami ambil set seafood yang small size, rege 30,000 won. Alhamdulillah sangat kenyang. Ada hikmah duit tinggal sikit. Kalau tak mesti masing-masing nak ambil yang set medium, mau tak habis wey. Sebab tengok orang meja belakang, couple dua orang tu order set medium tapi banyak lagi tak habis. Bazir betul..Hehe. Walhal masing-masing terliur jer tengok meja orang tu penuh makanan. Tapi memang sedap dan puas hati lah makan kat kedai ni. Sotong dia punya lah gedabak besar and fresh lagi. Udang dia pun rasa manis, siput dia pun sama. Ok, telan air liur masa type ni.

Selesai jer makan semua, apa lagi. Balik ler.. tak payah nak merayau mana sangat dah ler.. Haha. Lagi pula mata dah ngantuk, dah hari last ni baru terasa penat nyer...adoi. Sampai jer kat Busan Station, tengok gerbang yang bentuk sotong kurita tu ada fountain show. Wahhh.. sangat cantik. So, duduk lah kejap layan show tu. Tengok air pancut yang menari ikut irama lagu k-pop dengan lampu yang warna warni.. Korea sangat...Chogi chogi chogi wa, joha chogi chogi wa wa, chogi chogi chogi wa, yeah can you feel it? can you feel it? ^_^ Ok tipu bukan lagu ni. Ni lagu baru Donghae and Eunhyuk. Hehehe.








Penamat jalan-jalan yang awesome.... tapi tak derlah kitaorang tunggu sampai habis show tu. Nak balik rehat coz esok mau pulang... Huhu. Maka, sampai sini jerlah jodoh kita wahai air terjun....Kikiki. Good nite. Esok pulang ke pangkal jalan T_T


Terima kasih kepada yang sudi membaca :-)


8 comments:

  1. banyaknya seafood yang segar2...tu macam lokan je...yer ke lokan tu...

    ReplyDelete
  2. best nya..banyal mkn seafood. masih segar pulak tu..

    ReplyDelete
  3. singgah & follow sini selepas layan mata posting pasal korea ni..

    ReplyDelete
  4. dik buat le entry tunjuk barang2 yg korang soping....mesti lumayan tu hasil soping kan....

    ye laa kalo mak2 mcm akak ni...tgk binatang2 kat pasar tu mmg naik geram..fresh2 hah...terbayang2 aakak buat tomyam...sup.... bakar....aiyooooo...

    ReplyDelete
  5. uii seronoknya makan angin ke Korea..macam2 ada, nice sharing dear :)

    ReplyDelete
  6. serious baju 1000 won ? hahaha baju apa tu ? shopping apa kat busan yang best ?
    huuuurm makanan.. CT tingin nak rasa abalon yg idup tu.. yg diorang slalu cicah ngan hot sauce miahahaha.. gamat la semua la.. tapi kang takut lak ahaha..

    ReplyDelete
  7. arhh...rindu BUSAN...tiba2 kah kah kah

    ReplyDelete

Haipppp... nak tulis apa tu????? Hehe.. komenlah jangan tak komen!!! Jangan malu-malu ok ^_^